Jihad
Jihad merupakan sebahagian daripada syariah Islam. Dari sudut bahasa, jihad berasal daripada perkataan al-Juhd yang bermaksud keberatan dan kesusahan. Menurut istilah syarak, jihad ialah usaha seorang Muslim mengerah segala daya dan tenaga untuk mencapai kemenangan Islam kerana mencari keredaan Allah s.w.t.
Oleh itu, dalam Islam jihad ialah perjuangan yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan membasmikan perkara-perkara larangan-Nya sekalipun dengan mengorbankan hak-hak kepentingan diri sendiri.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Dia (Allah) telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu Din (agama) suatu kesempitan. (Ikutilah) Millah (Din) orang tua kamu Ibrahim.
(Surah al-Hajj: 78)
|
Terdapat dua kaedah jihad iaitu:
0 komentar:
Posting Komentar